Monday, November 1, 2010

menguji! mencipta! mendedahakan password!

Kata laluan (password) masih digunakan sebagai kunci untuk mengakses kebanyakan aplikasi web. Ini termasuklah khidmat emel percuma seperti GMail, Hotmail, dan Yahoo! Mail. Tidak terkecuali juga aplikasi jaringan sosial yang semakin digilai ramai seperti Facebook dan Twitter. Sebagai kunci, tentu sekali anda hendak memastikan kata laluan yang digunakan itu kukuh – maknanya, sukar diteka dan dipecahkan oleh manusia atau komputer. Sebenarnya, tidak sukar untuk mencipta kata laluan yang kukuh. Perisian PC Tools Password Utilities 1.0 contohnya, boleh membantu.

Perisian percuma ini membolehkan anda mencipta kata laluan dengan lebih senang. Ini direalisasikan menerusi tiga fungsi utamanya: Password Generator, Password Checker, dan Password Revealer. Fungsi pertama digunakan untuk mencipta kata laluan berdasarkan ciri dan ketetapan yang dikehendaki. Manakala fungsi kedua untuk menguji tahap kekuatan kata laluan yang telah dihasilkan. Fungsi ketiga pula tidak kurang menariknya, kerana boleh mendedahkan kata laluan yang tersorok di sebalik simbol ‘titik’ atau ‘bintang’. Jika anda berminat, jangan keberatan mencubanya! Berikut adalah keterangan ringkas mengenai fungsinya dan panduan menggunakannya secara langkah demi langkah.

CARA MENGUNAKAN

Langkah 1:
Tanpa berlengah lagi, muat turun (download) fail perisian percuma ini di tapak web pembangunnya, di http://www.pctools.com/guides/password/ atau, anda boleh menjumpainya di tapak web yang menyediakan pelbagai perisian seperti Softpedia (www.softpedia.com) atau tapak web lain yang seumpamanya. Sementara itu saiz failnya hanya sekitar 1 MB dan menyokong pelbagai sistem operasi (OS) Windows (termasuklah XP, Vista dan 7). Selepas failnya dimuat turun, tempatkan ke dalam sebuah folder untuk tindakan selanjutnya (Rajah 1).

Langkah 2: Perisian ini terdiri daripada sebuah fail sahaja dan tidak perlu dipasang (install) seperti kebanyakan perisian yang lain. Jadi, anda perlu mengklik pada fail yang dimuat turun tadi dan ikuti arahan yang selanjutnya. Tindakan anda akan mengaktifkan perisian ini sekali gus menayangkan tetingkap atau pemuka utamanya. Rupa tetingkap utamanya boleh dikatakan ringkas dan mudah difahami. Di sebelah atasnya terdapat tiga kategori atau fungsi yang masingmasing berlabel Password Generator (Rajah 2), Password Checker, dan Password Revealer.

Langkah 3: Anda boleh mengklik pada setiap kategori untuk mengetahui fungsi serta pilihan yang tersedia. Jadi, anda boleh mulakan dengan kategori Password Generator. Menerusi kategori ini, anda boleh menjana sejumlah kata laluan menggunakan pilihan yang disediakan. Manakala dalam kategori Password Checker pula anda boleh menguji atau memeriksa kata laluan yang dicipta untuk memastikan kekukuhannya (Rajah 3). Kategori ini juga menyediakan ruang untuk menempatkan kata laluan yang ingin diperiksa selain petunjuk tahap kekukuhannya.

Langkah 4: Sementara itu, kategori Password Revealer membolehkan anda mendedahkan kata laluan. Biasanya, aplikasi atau khidmat web yang menyediakan ruang untuk kata laluan akan menyembunyikan kata laluan anda di sebalik simbol ‘titik’ atau ‘bintang’. Jika tidak disembunyikan, anda atau orang lain boleh mengetahui setiap aksara yang tersorok itu. Tetapi kategori ini boleh digunakan jika anda lupa setiap aksara kata laluan yang ditaip (Rajah 4). Cuma kategori ini hanya menyokong aplikasi web yang diakses menerusi pelayar Internet Explorer.




(inisajakamiada)

Friday, October 29, 2010

tips menjaga laptop




kalau bole peluk laptop tu macam ni!


yaww! haha. okey.. ada pantun. buah betik di atas dahan, kau baca perlahan lahan. (tibetibe) dah! dah! aku nak sabung dengan tips menjaga laptop korang bagi bole tahan lama. haaa. sebenarnye banyak petua yang acah acah mcm nak jage laptop ni bagi tahan lama macam ni. pastu macam ni. betol? jadi tips aku kali ni kalau betol betol nak jage laptop korang jangan lah bagi orang lain pinjam berhari hari buat macam harta sendiri. simple. (gilekedekut) suke hati lahh!! wa elehh.. tu basic laa sume orang pun tau! tapi yang orang tak tahu bile bercinta. haaa. ape kejadah haram barang barang korang sure bagi sebab ape? "sayangg". bukan ape. dari pengalaman aku. kadang kadang orang tak risau macam mana kita risau keadaan laptop kita. penah berkali kali aku bagi "orang" pinjam, kau ape senyum senyum? bukan awek okk! kawan kawan pinjam. pastu aku dapat balik keyboard dah rosak. pehh! kita memang lah tak fikir bukan bukan. tapi.. bila aku check bawah keyboard ada kesan nescafe acik abah atau mak dia minum laa. so. aku pun tak tahu sape yang buat sebab dah banyak tangan jadi ape yang aku perlu buat. bersihkan bahagian yang terkena nescafe acik abah atau mak dia tu dan buat muka innocent pergi ke service center. cakap keyboard rosak. hahaha. dorang pun sengal ganti lah yang baru. haaa. itu satu tips gak kalau laptop korang rosak. haa. kene pandai cover broohh! ok ok. tu yang basic. yang selebihnya. aku akan list down kat bawah ni. korang pun tak sedar yang korang tengah baca walaupun macam boring cerita ni. dengar dengar!!

1. biasa kalau korang guna laptop kalau boleh jangan la letak kat atas tilam ke katil ke karpet ke sbb pengaliran udara tu takde. bole buat overheating. bahaya gak tu. kalau betol betol nak letak atas katil ke ape ke korang letak la alas atau 1 permukaan keras kat bawah laptop tu dulu okey?

2. Laptop korang jangan la sampai terbukak 24/7. laptop ni tak sama dengan pc. ketahanan dia tak kuat.

3. jangan kau buat kerja gila pulak pakai laptop tengah tengah panas terik sebab kau pun tahu laptop macam korang jugak kalau kene panas hitam. haha. tak lah! aku tahu korang tak sebebal itu untuk online tengah panas panas terik. nasihat aku cuma jangan lah biarkan laptop dalam kereta yang panas. ada 2 kemungkinan. ke1 laptop kau rosak. ke2. cermin kereta kau pecah laptop hilang. haha. aku percaya korang pandai lagi.

4. jauhkan dari magnet. kalau korang ada "bela" magnet. korang perlu amik tahu part ni. :)

5. ape maksud laptop? komputer riba kan? haa. tapi kurangkan letak di atas riba atau peha anda. sebab ape. untuk kesihatan korang dan keselamatan laptop tu jugak.

6. bila agak agak bateri korang dah full tu. cabut lah bateri. kalau bole guna eletrik power jer. untuk selamatkan jangka hayat bateri.

7. bila tak guna laptop skejap ke atau nak pg makan skejap ke. letak la alas atas laptop tu macam kertas A4 ke. kain ke. jangan bagi habuk masuk. tak caya? korang tngok keyboard korang sekarang. nauzbillah. dengan habuk nye dengan habuk rokok nye. macam macam terselit kat situ. kalau korang pakai macbook pro lain lahh.. cehh!!

8. kalau boleh jage la tangan tu jangan duk gatal nak sentuh LCD(screen). kalau letak jugak tangan kat situ bole menyebabkan dead pixel kat LCD.

itu saja lah yang penting. lain lain tu korang tahu sendiri nanti. okeyh? ape ape pun jangan malas jaga laptop. bukan alasan bila laptop tu dah lame dah outdated. korang dan dan la nak "paw" parents nak yang baru. suka suka hati je kan. ape ape pun kalau korang rasa tips ni macam "poyopoyo" tp korang pun dah abis baca kan? jadi. amalkan lah yee. thanks! sebab baca. wink! :)





    

10 tips menambah kelajuan laptop dan computer

Okey! Okey! sebagai permulaan kita. saya perlu berkongsi dengan anda bagaimana nak bagi laptop atau PC kita beroperasi dengan pantas. korang tahu ke? hahaha. kalau korang tahu pun tak semua yang buat. jadi start sekarang jadi lah rajin sikit jage software dan OS (operating system) anda. online "facebook" je pun tak guna gak kan kalau laptop lambat. haha. :)

1. bermula dengan disk cleanup. ada banyak software anda bole dapat untuk disk cleanup. anda boleh search di google. atau pun dengan cara ini. click pada Start Program>All Programs>Accessories>System Tools>Disk Cleanup. disk cleanup ini akan membuang atau mengdelete file sementara internet, Offline file, recycle bin dan file file yang tidak penting.

2. masuk ke Control panel pergi ke Internet tools dan delete cookies dan history korang. mengambil sedikit masa kalau anda tidak pernah buat. sape suruh tak buat! malas! haha..

3. Haa. bagi sesiapa yang tahu. ini pekara paling malas. Disk Defragment. cara nya senang sahaja dengan masuk seperti Disk cleanup tadi. korang akan nampak Disk Defragment. dia akan menyusunkan balik file file dan application anda. kenapa malas? haaa. benda ni mengambil masa beberapa minit dan bole smpai beberapa jam. jadi. janga malas lakukanya! 

4. Malware dan Spyware ini lah masalah besar yang melambat kan  pc korang. jadi rajin rajin lah cari software anti-malware dan anti-spyware yang berkesan.

5. Haa. ini khas pada laptop laptop sahaja. kadang kadang bila kita mengunakan bateri power. laptop akan secara automatik menuka mood kepada power saving dan MELAMBATKAN perjalanan sistem korang. jadi, slalu gunakan plug eletrik untuk kelajuan yang berkesan. bole juga nak laju bila mengunakan bateri dengan cara ini. masuk control panel. pilih power management dan pilih maximum power atau best performance. tetapi beteri korang abis cepat lah. tape. janji puas hati kan kan?

6. dari Control Panel. pergi ke Add or Remove Programs. buang program atau application yang korang rasa tidak berguna. buat apa nak simpan. melambatkan keadaan je. ok?

7. Cara ni senang. haha. tapi perlukan duit laaa. haha. periksa Random Access Memory (RAM). sama ada cukup tak dengan penggunaan korang sekarang. kalau buat kerja biasa biasa. tak perlu lah  banyak sangat. 2GB dah cukup untuk RAM

8. Gunalah registry software cleaner atau repair program macam ccleaner.com atau registryfix.com. benda ni pun berguna juga untuk mengesan masalah PC anda dan membetulkan nya. (kalau beli laptop baru atau baru lepas format biasanya kat dekstop korang sure ada ccleaner kan? so pandai pandai la gunakan yee) haha.

9. Ok. bagi yang pakai windows vista sure perlahan bila nak starting kan? tau sebab ape? sebab animasyang MELAMPAU. ok cara dia macam ni. kita bole tutup dengan cara pergi ke Control Panel>System and Maintenance>Performance Information and Tools>Advanced Tools. lepas tu pilih adjust the appearance dan performence of windows. Options box akan keluar, dan anda pilih Custom dan uncheck animate windows when maximazing and minimizing. korang bole pilih cara lain tapi ini pun ok ape. haha.

10. Dan cara terakhir! haha. simple je. beli external hardisk. pastu simpan semua data data anda seperti music. video. movie dan sebagainya. kerana bole jimatkan ruang untuk PC anda. bijak bukan? hahahaha.



Oleh itu. tamat la tips-tips (cehh! macam final exam) yang tak seberapa ni. sebenarnye ramai yang tahu tapi tak nak amik tahu dan buat. jadi lepas korang baca benda ni. rajin rajin la tangan tu untuk buat benda ni ok? bukan susah pun. Dan ada banyak lagi tips-tips yang tak sempat nak diberitahu. jadi korang pandai pandai la search ok. :) nasihat kami. tak perlu nak membazirkan duit ibubapa dengan beli laptop dan PC yang mahal. semua sama. kalau kita pandai menjaganya. ok doode! winkk! Thanks guys!


Kalau lambat jugak tiru cara ini. hahah. (joke)


(inisajakamiada)

Bermula sekarang!




Dengan ini saya Vic se"petak" suara bersama rakan saya Adam ingin memulakan blog kami tentang. TEKNOLOGI sekarang. ehem2. haha. kami tak cakap kami hebat tentang teknologi. kami cuma selalu update untuk mendapatkan maklumat yang penting tentang teknologi. Yessnampak mcm "lame" kan? ape la bro buat pasal benda ni. dah lama orang tahu. kamonn! dalam dunia sekarang ramai lagi yang terkial kial nak mahirkan apa yang dia sedang guna sekarang contohnya. laptop atau computer dan smartphone! haaa. kami sangat suka dengan benda ni. sebab kami seorang penjual laptop di lowyat pada masa dahulu. tapi sayang. kami berhenti kerana sebab sebab yang tak dapat "diberitahu". hahaha. kat sini banyak cara cara yang kami dapat kongsi dan maklumat maklumat tentang teknologi masa kini. Yess! kamu mesti cakap. "alaahhh. aku pun bole" kamu bercakap kerana kamu mahir dengan bidang ini jadi. bantu la kami dengan maklumat maklumat yang ada ok? kami perlukan support dari anda. jadi. bermula nya disini. saya akan sentiasa update pada blog yang tak seberapa ini untuk kamu kamu semua wahai rakan. :) haa. sebelum tu. saya mengambil jurusan "IT"di unisel dan masih tidak tamat. kenapa? jangan tanya. dan kawan saya Adam dia seorang business man dan selalu buat side. ahaha. sekian.

(inisajakamiada)