Monday, November 1, 2010

menguji! mencipta! mendedahakan password!

Kata laluan (password) masih digunakan sebagai kunci untuk mengakses kebanyakan aplikasi web. Ini termasuklah khidmat emel percuma seperti GMail, Hotmail, dan Yahoo! Mail. Tidak terkecuali juga aplikasi jaringan sosial yang semakin digilai ramai seperti Facebook dan Twitter. Sebagai kunci, tentu sekali anda hendak memastikan kata laluan yang digunakan itu kukuh – maknanya, sukar diteka dan dipecahkan oleh manusia atau komputer. Sebenarnya, tidak sukar untuk mencipta kata laluan yang kukuh. Perisian PC Tools Password Utilities 1.0 contohnya, boleh membantu.

Perisian percuma ini membolehkan anda mencipta kata laluan dengan lebih senang. Ini direalisasikan menerusi tiga fungsi utamanya: Password Generator, Password Checker, dan Password Revealer. Fungsi pertama digunakan untuk mencipta kata laluan berdasarkan ciri dan ketetapan yang dikehendaki. Manakala fungsi kedua untuk menguji tahap kekuatan kata laluan yang telah dihasilkan. Fungsi ketiga pula tidak kurang menariknya, kerana boleh mendedahkan kata laluan yang tersorok di sebalik simbol ‘titik’ atau ‘bintang’. Jika anda berminat, jangan keberatan mencubanya! Berikut adalah keterangan ringkas mengenai fungsinya dan panduan menggunakannya secara langkah demi langkah.

CARA MENGUNAKAN

Langkah 1:
Tanpa berlengah lagi, muat turun (download) fail perisian percuma ini di tapak web pembangunnya, di http://www.pctools.com/guides/password/ atau, anda boleh menjumpainya di tapak web yang menyediakan pelbagai perisian seperti Softpedia (www.softpedia.com) atau tapak web lain yang seumpamanya. Sementara itu saiz failnya hanya sekitar 1 MB dan menyokong pelbagai sistem operasi (OS) Windows (termasuklah XP, Vista dan 7). Selepas failnya dimuat turun, tempatkan ke dalam sebuah folder untuk tindakan selanjutnya (Rajah 1).

Langkah 2: Perisian ini terdiri daripada sebuah fail sahaja dan tidak perlu dipasang (install) seperti kebanyakan perisian yang lain. Jadi, anda perlu mengklik pada fail yang dimuat turun tadi dan ikuti arahan yang selanjutnya. Tindakan anda akan mengaktifkan perisian ini sekali gus menayangkan tetingkap atau pemuka utamanya. Rupa tetingkap utamanya boleh dikatakan ringkas dan mudah difahami. Di sebelah atasnya terdapat tiga kategori atau fungsi yang masingmasing berlabel Password Generator (Rajah 2), Password Checker, dan Password Revealer.

Langkah 3: Anda boleh mengklik pada setiap kategori untuk mengetahui fungsi serta pilihan yang tersedia. Jadi, anda boleh mulakan dengan kategori Password Generator. Menerusi kategori ini, anda boleh menjana sejumlah kata laluan menggunakan pilihan yang disediakan. Manakala dalam kategori Password Checker pula anda boleh menguji atau memeriksa kata laluan yang dicipta untuk memastikan kekukuhannya (Rajah 3). Kategori ini juga menyediakan ruang untuk menempatkan kata laluan yang ingin diperiksa selain petunjuk tahap kekukuhannya.

Langkah 4: Sementara itu, kategori Password Revealer membolehkan anda mendedahkan kata laluan. Biasanya, aplikasi atau khidmat web yang menyediakan ruang untuk kata laluan akan menyembunyikan kata laluan anda di sebalik simbol ‘titik’ atau ‘bintang’. Jika tidak disembunyikan, anda atau orang lain boleh mengetahui setiap aksara yang tersorok itu. Tetapi kategori ini boleh digunakan jika anda lupa setiap aksara kata laluan yang ditaip (Rajah 4). Cuma kategori ini hanya menyokong aplikasi web yang diakses menerusi pelayar Internet Explorer.




(inisajakamiada)

No comments:

Post a Comment